Apakah Fungsi AHA/BHA???

-Alpha-hydroxy Acid (AHA) / Glycolic Acid/ Lactic Acid/ Tartaric Acid/ Citric Acid
Bahan-bahan ini merawat sebarang garis halus, kedutan, kesan penuaan, tompok pigmentasi dan boleh mengecilkan pori-pori. Namun anda perlu berhati-hati, kesan iritasi dan sensitivi pada matahari boleh berlaku. Jadi pastikan anda memakai krim pelindung matahari/sunblock bersama krim produk yang mengandungi bahan tersebut.

-Beta-hydroxy Acid (BHA)/ Salicylic Acid
Paling bagus dipakai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat kerana ia mampu menyingkirkan kulit mati sekaligus memperbaiki tekstur kulit. Ia juga lebih lembut berbanding AHA. Jadi anda yang menghilangkan jerawat boleh lah  pilih produk yang menyenaraikan BHA atau Salicylic Acid.


- Niacinamide / Vitamin B3 / Nicotinic Acid
Digunakan untuk mencerahkan dan menyegar kulit. Malah bahan ini juga membantu kulit untuk menyerap produk yang lain lebih baik.

- Hyaluronic Acid
Bila sebut tentang hidrasi, inilah bahan utama yang pengguna cari. Hyaluronic Acid berkesan untuk melembabkan kulit yakni meremajakan serta menjauhi kulit sebarang kerosakan. Siapa nak muka awet muda, kena tambah step dalam rutin dengan Hyaluronic Acid.

- Retinol / Vitamin A
Ia digunakan dalam krim khas untuk anti-penuaan. Retinol dan Vitamin A paling sesuai untuk memperbaiki kedutan kerana ia mudah menyerap kedalam kolagen dan lapisan kulit dalam. Bukan sahaja kedutan, ia juga mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit tidak sekata.

Comments

Popular posts from this blog